Thursday, 22 December 2011

sedikit ilmu KURUSKAN BADAN..!! ikut cara saya, badan kurus sentiasa..!

Selamat datang ke blog Panduan Bina Badan!
Blog ini disusun khusus untuk peminat bina badan yang inginkan panduan & tips bina badan yang percuma, mudah, ringkas atau murah. 
Dalam blog ini, anda akan dipaparkan dengan video teknik bina badan disertakan tips dan panduan praktikal untuk latihan bina badan. Hampir kesemua latihan bina badan yang dipaparkan boleh dilakukan dirumah atau tempat kediaman anda, tanpa menghabiskan wang di gim. Untuk makluman anda, tips & panduan bina badan dalam blog ini akan sentiasa dikemaskini dengan tips & video bina badan terbaru untuk kemudahan anda.
Selamat membina badan berotot!
soyok sinbad sedia membantu :)

Wednesday, 21 December 2011

new things in my life.

orang gemuk jangan rasa malu.. kita boleh kurus, kalau kita mahu..! 
saya gemuk, ada beberapa sebab.
1- family saya tak pentingkan kesihatan..dulu pukul 3 pagi pon ibu saya sangup masak nasi goreng kalau saya lapar
2- rumah saya dikelilingi dengan orang gemuk..
3- saya ada banyak duit, saya nak makan apa saja semua boleh..
4- saya suka makan Big Mac..
5- bila saya nak kurus, kawan kawan selalu perlekeh kan usaha saya..
6 - saya malu nak pergi gym, sebab diorang kat gym semua buka baju..
7- senaman hanya dibuat masa zaman sekolah je..

lelaki perempuan sama sahaja..!

hari ini, mana mana kita pergi senang je nak jumpa orang gemuk.. saya bukan nak menghina orang orang gemuk.. sebab saya pon pernah  tergolong dalam orang yang obesiti..! tapi sampai bila kita mahu jadi orang yang gemuk..?? 1 januari 2011 berat badan saya 82KG..! target saya 1 januari 2012, 64KG.. sekarang baru 68KG..

Malaysia syurga makanan..!

Anda mahu gemuk..?? teruskanlah makan selepas pukul 10 malam..

sedikit ilmu KURUSKAN BADAN..!! ikut cara saya, badan kurus sentiasa..!

4 golongan nak kurus di Malaysia: Anda yang mana?

Semenjak menyelami dunia penulisan blog berkaitan diet dan senaman, aku dah melihat berbagai-bagai ragam manusia yang berusaha untuk kurus. Ada yang buat itu, ada yang buat ini. Ada yang ambil produk itu, ada yang ambil produk ini. Tetapi bagaimana dengan hasil akhir daripada program yang diadaptasi dari cerita kawan-kawan atau dicetuskan dari akal fikiran sendiri tu? Kebanyakkannya tidak konsisten, bersifat Yo-yo effect dan sebagainya.
Entri kali ini aku nak menyenaraikan 4 golongan rakyat Malaysia yang nak kurus berserta dengan strategi asas dalam menurukan berat badan, berorientasikan 2 perkara yang boleh mempengaruhi defisit ambilan kalori dalam sehari, iaitu senaman dan pemakanan.
Guys.. 4 golongan…”
1 – Golongan jaga makan, tak mahu bersenam
Manusia-manusia nak kurus dari golongan ini sangat ramai. Rata-rata mereka amat liat dan malas untuk bersenam dengan alasan seperti “punggung aku besarlah, susah nak bergerak”, “aku sibuk bekerja sampai tiada masa bersenam”, dan sebagainya. Kebiasaannya golongan-golongan ni tak makan nasidiorang makan biskut pakcik Ya’akob (Jacobs), minum susu Anlene segelas sebagai santapan makan malam, sampai satu tahap kita sendiri pun tak tahu di mana terletaknya sumber protein dalam diet mereka. Yang menariknya, akan ada yang cakap, “Aku tak makan nasi, aku makan megi, dalam megi ada protein apa, tengok apa yang tertulis kat bungkusan megi ni kalau tak percaya!” (agak-agak dia faham tak apa yang dimaksudkan dengan “Essentials Amino Acids“? kesian kena kelentong bulat-bulat macam tu)
Malas bersenam, tapi ada hati nak kurus…
2 – Golongan tak jaga makan, tapi bersenam gila-gila
Manusia-manusia dari jenis ni mungkin kita jarang dengar, tapi jangan tak tahu, ada. Selalunya golongan ni akan mengomel, “aku hari-hari main futsal, setiap pagi berjogging, tapi kenapa tak kurus-kurus juga ni?!” Bila ditanya apa yang mereka makan, jangan terkejut jika mereka menjawab sebelum tidur mereka makan macam-macam, burgerlah, goreng pisanglah, roti canailah. Nak kata tak cukup makan tak juga sebab waktu pagi, tengahari, malam makan masih makan nasi. Tak perlu dihairankan juga jika selepas bersenam mereka tonggang minuman 100 plus sebotol besar tu. Macam mana nak kurus kalau dah nafsu macam tu?
3 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, tapi tak buat weight training
Golongan ini sebenarnya lebih elok daripada 2 golongan di atas, cuma dia tak lakukan weight training. Golongan ini aku jamin akan mengalami penurunan berat badan sebab berkardio gila-gila, jogging hampir setiap hari berjam-jam lamanya, tapi jangan tak tahu yang banyak turun tu bukan sahaja lemak, tetapi enjin kepada pembakaran lemak iaitu otot. Kebiasaanya golongan seperti ini akan cepat mencapai plateau (berat jadi statik, tak mahu turun-turun dah) ketika menurunkan berat badan, dek kerana kejatuhan kadar metabolisma. Kenapa kadar metabolisma jatuh? Tentulah disebabkan penurunan otot!
4 – Golongan jaga makan, bersenam kardio, DAN buat weight training
Golongan ini lah yang kita cari sebenarnya, tuan-tuan dan puan-puan. Cubalah menjadi sebahagian daripada golongan ini. Mengapa aku berkata demikian? Ini kerana, golongan sebegini bukan sahaja pandai meningkatkan jurang defisit kalori menerusi jaga makan dan kardio (senaman kardio seperti jogging, futsal, badminton, hiking, membakar beratus-ratus kalori untuk satu sesi), tetapi juga PANDAI menjaga enjin yang menggerakkan metabolisma untuk membakar lemak, iaitu otot.
Apabila kita memaksa penyusutan berat badan menerusi defisit kalori, secara umumnya badan akan memasuki fasa katabolik. Badan seterusnya bukan sahaja mengambil sumber tenaga alternatif daripada lemak yang tersimpan di bawah tisu adipos, tetapi otot juga akan dibakar sebagai bahan bakar alternatif, dan ini merupakan sebahagian daripada sistem penyesuaian tubuh badan dengan ‘situasinya yang baru’, iaitu penerimaan kalori dari luar (makanan) yang kurang. Keadaan ini akan mengakibatkan penyusutan otot, sekaligus kadar metabolisma akan jatuh.
Oleh yang demikian, weight training itu perlu kerana menerusi weight training, otot-otot kita akan dipaksa untuk bekerja dan ‘membesar’. Hakikatnya, otot tidak akan membesar kerana kalori yang diambil tu tak cukup, tetapi sekurang-kurangnya weight training akan melawan kembali kesan penyusutan otot, sekaligus meletakkan ia dalam fasa anabolik. Kesannya, berat otot tidak akan jatuh, kadar metabolisma meningkat, dan lebih banyak lemak yang akan dibakar apabila kardio dilakukan kelak.
Tidak semestinya weight training ini melibatkan besi dumbell, atau perlu ke gym untuk melakukannya. Memadai dengan melakukan senaman calisthenics seperti tekan tubi (push-ups), sit-upssquatlunges, atau pull ups. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa mereka yang melakukan senaman kardio + weight training akan turun berat sekurang-kurangnya 2x lebih pantas berbanding individu yang tahu berjogging (kardio) sahaja.
Komen SS: Golongan yang tak jaga makan, tak bersenam langsung, tapi ada hati nak kurus itu lebih teruk berbanding keempat-empat golongan di atas.. mereka akan pandang kepada pil kurus tu sambil bercakap dalam hati, “Dengan mengambil sebiji pil ini setiap hari, aku pasti akan kurus dan memiliki badan seperti Taylor Swift 5 bulan dari sekarang, hehehe”

hidup sihat.

untuk badan kekal lansing terutama bagi perempuan.. jangan makan lepas pukul 10 malam.. sekiranya anda ada pertanyaan untuk mendapatkan bentuk badan idaman.. boleh tanya kepada saya.. dengan sedikit pengalaman yang ada.. saya akan kongsikan bersama..

new things in my life.

okay, first blog ni bukan nak cerita pasal cinta, kutuk artis, politik, or whatever yang berkaitan dengan perempuan.. blog ni just untuk orang orang yang terlibat dalam bidang membina otot.. disini kita berbincang dan berkongsi bagaimana mahu membesar kan lagi otot otot badan..